Monday, 12 May 2014
Ciri-ciri Guru yang Positif
Guru semestinya mempunyai banyak ciri positif yang boleh disemarakkan oleh para pelajar. Tugasnya pun untuk mendidik anak muridnya sebagai orang yang berguna dan berfungsi dalam masyarakat. Namun, bukan semua guru yang berjaya menghasilkan anak muridnya menjadi insan yang berguna. Hal ini sedemikian disebabkan terdapat faktor peribadi dan faktor persekitaran anak murid itu sendiri yang menjadi dominan kepadanya.
Kita sering menyatakan bahawa lahirnya seorang insan yang berguna dengan ilmu pengetahuan . Penyataan ini menjadi kenyataan dengan jasa baik para guru yang sanggup bersabar dan mendidik kita semua menjadi seorang manusia yang bijaksana dan berperikemanusiaan.
Sikap-sikap para guru ini merupakan sikap semulajadi dan tidak dapat dipraktikal melalui latihan dan pendidikan sahaja.Oleh itu,kita sebagai guru kelak,menyemaikanlah sikap keibubapaan dan berperikemanusiaan disamping mengikuti Falsafah Pendidikan Negara.
Ciri positif yang saya ingin berkongsi ialah:
Guru sentiasa bersedia sebelum mengajar murid-muridnya.
Mereka mungkin mereka tidak lama dalam bidang perguruaan , namun mereka mampu memberikan jawapan terhadap sebarang persoalan berkaitan dengan bidang pembelajaranya. Kadang-kadang seperti "perpustakaan berjalan". Ciri seperti amat diperlukan sebagai seorang warga pendidik. Memang tidak dinafikan bahawa pada era teknologi maklumat ini kita dapat sebarang maklumat dengan hanya hujung jari. Namun dengan penjelasan jelas daripada guru lebih dapat menarik perhatian murid berkenaan. Hal ini sedemikian disebabkan guru menggunakan bahasa dan percontohan mengikut perfahaman murid berkenaan.Dengan ini juga,interaksi antara guru dan murid dapat dipertingkatkan.
Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.
1 Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
2 Kedua, ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman.
3 Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
4 Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya
Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat
Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.
Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.
Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a. bersikap tidak adil dan pilih kasih
b. tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c. terbatasnya amalan timbang rasa.
d. Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e. Berjiwa kasar dan membosankan
f. Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.
h. Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j. Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k. Emosi tidak seimbang dan mudah naik marah
Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://praktikum.upsi.edu.my/Files%20Storage/LM/Guru%20Penyayang.pdf
ReplyDelete