Wednesday, 14 May 2014
Sifat – sifat mulia pada seorang guru
Sifat – sifat mulia pada seorang guru
Menjadi guru itu adalah satu tugas mulia dalam mendidik pelajar. Oleh itu sifat – sifat yang perlu ada untuk mendidik dengan penuh kesungguhan dan berkesan, seorang guru perlu meningkatkan kesabaran, bersemangat teguh, ketajaman fikiran dan mampu mengendalikan setiap pelajar dengan berkesan.
Semua insan bergelar guru perlulah menjelmakan ketekunan sebagai pendidik cemerlang dengan iltizam yang lebih tinggi. Selain itu, sifat jujur dan ikhlas Keutuhan peribadi, luas pengetahuan, kreatif dan berkemahiran, bijak berkominukasi, kerja berkualiti dan prestasi yang tidak pernah statik.
Guru itu sendiri perlu juga menjalankan kerja dengan keikhlasan dan sentiasa berfikiran terbuka
Minat mendalam dalam mendidik dan mengajar
Memohon untuk menjadi guru adalah kerana betul-betul kerana minat dalam bidang itu dan benar-benar dedikasi menjadikan guru sebagai profesion dan bukan sebagai pilihan terakhir. Ini kerana guru adalah profesion mulia yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebagai pembimbing dan pendidik guru sentiasa dipandang hormat oleh masyarakat. Jadi atas dasar itu mereka yang mahu berkhidmat sebagai guru mesti menjadi guru profesional. Guru bukan seperti penjawat awam yang lain kerana mereka adalah pembimbing, pembentuk akhlak dan sahsiah, jadi mereka mesti komited sebab itu kita perlukan guru yang benar-benar mementingkan profesion.
Guru perlu ada rasa bangga dengan profesionnya sendiri
Apa yang pasti, hanya guru yang bangga dengan tugasnya dapat melaksanakan sesuatu kerja itu dalam apa juga keadaan atau persekitaran dengan baik. Apatah lagi, perkhidmatan yang diberikan itu begitu mulia dan bukan calang orang dapat melaksanakannya. Oleh itu, berbanggalah dengan kerja anda.
Menetapkan di dalam hati menjadi guru kepada pelajar adalah perkara terbaik yang dilakukan dalam kehidupan dan kerjaya menjadi guru itu adalah satu tugas yang amat mulia.
Dedikasi dan pengorbanan guru
Jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi mereka tidak akan melihat tugas selain dari mengajar dan mendidik sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar. Ini menunjukkan bahawa guru ini mempunyai komitmen yang jauh lebih tinggi dan sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.
Guru perlu mempunyai pemikiran positif dan bersih
Dalam guru sebagai rakan sejawat. Hubungan sesama guru adalah adalah dalam konteks suatu rumpun keluarga di bawah satu bumbung ilmu. Sebagai akar dan umbi yang saling bertaut, kerjaya seorang pendidikan tidak seharusnya diselaputi syak wasangka, pentingkan diri sendiri, pesimis atau saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
Kepuasan bekerja untuk memberi manfaat kepada orang lain
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan paling disukai Allah ialah menggembirakan hati orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar." (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)
Ini menunjukkan pandangan hidup Islam sendiri, berbuat baik dan memberikan keselesaan kepada orang lain sangat dituntut dan akan mendapat balasan baik. Tugas yang dilaksanakan iaitu memberi perkhidmatan kepada orang ramai adalah satu tugas mulia. Seharusnya, mereka bukan saja berusaha memuaskan hati orang lain tetapi lebih penting adalah mendapatkan kenikmatan sendiri daripada tugas yangberjaya dilaksanakan dengan baik.
Setiap guru mesti bersedia menghadapi cabaran mendatang.
Cabaran yang mendatang sama ada daripada murid, ibu bapa atau ahli masyarakat pelbagai lapisan dengan tabah, profesional, beretika dan jujur serta penuh berakauntabiliti. Dengan itu guru sudah menjunjung profesionnya ke tahap tinggi.
Sentiasa mengukuhkan azam untuk meningkatkan prestasi menjadi guru berkualiti
Guru-guru perlu berupaya mewujudkan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif supaya budaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dalam diri murid-murid.
Guru-guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang bermutu setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat.
Guru sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu, mendapatkan kemahiran dan kursus motivasi agar mereka peka tentang tugas dan tanggungjawab dan kecintaan mereka terhadap profesion ini, seperti mengikuti latihan dalam perkhidmatan anjuran institusi pendidikan.
Penambahan ilmu dan kemahiran ini boleh membantu dalam membentuk diri kita menjadi guru yang berkualiti.
Guru sentiasa perlu menaik taraf diri menjadi guru berkualiti, kerana guru berkualiti menjamin ‘kemenjadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.
Kemenjadian adalah ‘outcome’ yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya bukan ‘output’. Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi ‘outcome’ ataupun kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment